Thursday, 18 May 2017



Sejarah

Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik Perdana dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Komunis letup Tugu Negara

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, pengganas komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Namun pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka[perlu rujukan] dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya menyerupai mirip wajah orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung[perlu rujukan] supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai semula wajah patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.

Lokasi Hari Pahlawan dipindahkan

Mulai 2010, lokasi sambutan Hari Pahlawan dipindahkan dari Tugu Negara ke Putrajaya.Tiada lagi upacara meletakkan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang dianggap perbuatan syirik dan khurafat. Selama ini upacara memperingati Hari Pahlawan diadakan setiap 31 Julai setiap tahun. Sidang media tentang keputusan itu diberikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Jamil Khir Baharom. Upacara menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara itu diadakan sejak 1963 .

Keputusan ini sesuai dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 hingga 7 Oktober 1987 yang telah mengeluarkan fatwa bahawa ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.

TOKOH SENI ARCA NEGARA






Datuk Syed Ahmad Syed Jamal (19 September 1929 - 30 Julai 2011)[1] adalah seorang pelukis tersohor di Malaysia. Beliau adalah pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995.
Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Mohd Noor dan mendapat dua orang anak lelaki.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai pensyarah dilanjutkan di Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum kembali semula mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960.
Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat.
Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas sehingga 1972. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii.
Sekembalinya ke tanahair, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga 1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983 hingga1991.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 1995 ,beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan di Balai Seni Lukis NegaraKuala Lumpur. Seterusnya dianugerah Seniman Negara.
Anugerah Syed Ahmad Jamal 1950 ‘Sultan Ibrahim Scholarship’ 1962 ‘Indian Council for Cultural Relations’ 1963-1964 ‘United State Department Award’ 1969 Ahli Mangku Negara 1970 ‘Alliance Francaise Medallion’ 1973 ‘East-West Centre Award’ 1983 Kesatria Mangku Negara 1984 ‘Australia Cultural Award’ 1987 ‘Cultural Award (Visual Art)’ 1995 Anugerah Seni Negara 1996 Panglima Jasa Negara 2005 Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2008-2009 Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur

Jasa[sunting | sunting sumber]

Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional, Realis, Impresionis dan Ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.
Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!" merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia pada zaman itu.
Sebagai seorang seniman yang sentiasa mengambil sikap (sehingga ke akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan 'gentleman', tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.
Kebangkitan pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual.[2]
Pelbagai tema dilukis. Antaranya tentang kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004. Logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno mendapat kecaman pihak parti kerajaan.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2011, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun di rumahnya di GombakSelangor. Beliau meninggalkan isterinya Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki. Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak. [3

Bentuk Seni[sunting | sunting sumber]

Suatu set nilai-nilai yang menentukan apa yang pantas dikirimkan dengan ekspresi lewat medium itu, untuk menyampaikan baik kepercayaan, gagasan, sensasi, atau perasaan dengan cara seefektif mungkin untuk medium itu. Sekalipun demikian, banyak seniman mendapat pengaruh dari orang lain masa lalu, dan juga beberapa garis pedoman sudah muncul untuk mengungkap gagasan tertentu lewat simbolisme dan bentuk (seperti bakung yang bermakna kematian dan mawar merah yang berarti cinta). Seni menurut media yang digunakan terbagi 3 yaitu :
  1. Seni yang dapat dinikmati melalui media pendengaran atau (audio art), misalnya seni musik,seni suara, dan seni sastra seperti puisi dan pantun
  2. Seni yang dinikmati dengan media penglihatan (Visual art)) misalnya lukisanposter,seni bangunan, seni gerak beladiri dan sebagainya.
  3. Seni yang dinikmati melalui media penglihatan dan pendengaran (audio visual art) misalnya pertunjukan musik, pagelaran wayang,film
Seni pada mulanya adalah proses dari manusia, dan oleh karena itu merupakan sinonim dari ilmu. Dewasa ini, seni bisa dilihat dalam intisari ekspresi dari kreativitas manusia. Seni juga dapat diartikan dengan sesuatu yang diciptakan manusia yang mengandung unsur keindahan.
Seni sangat sulit untuk dijelaskan dan juga sulit dinilai. Bahwa masing-masing individu artis memilih sendiri peraturan dan parameter yang menuntunnya atau kerjanya, masih bisa dikatakan bahwa seni adalah proses dan produk dari memilih medium, dan suatu set peraturan untuk penggunaan medium itu.



Definisi

Alexander Baum Garton 
Seni adalah keindahan dan seni adalah tujuan yang positif menjadikan penikmat merasa dalam kebahagiaan.
Aristoteles 
Seni adalah bentuk yang pengungkapannya dan penampilannya tidak pernah menyimpang dari kenyataan dan seni itu adalah meniru alam.
Immanuel Kant 
Seni adalah sebuah impian karena rumus rumus tidak dapat mengihtiarkan kenyataan.
Ki Hajar Dewantara 
Seni merupakan hasil keindahan sehingga dapat menggerakkan perasaan indah orang yang melihatnya, oleh karena itu perbuatan manusia yang dapat mempengaruhi dapat menimbulkan perasaan indah itu seni.
Leo Tolstoy 
Seni adalah ungkapan perasaan pencipta yanng disampaikan kepada orang lain agar mereka dapat merasakan apa yang dirasakan pelukis.
Sudarmaji 
Seni adalah segala manifestasi batin dan pengalaman estetis dengan menggunakan media bidang, garis, warna, tekstur, volume dan gelap terang.